Buaya jejulung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jejulung)

Buaya jejulung
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Tomistoma

Müller, 1846
Spesies:
T. schlegelii
Nama binomial
Tomistoma schlegelii
(Müller, 1838)

Buaya jejulung atau senyulung atau nama Inggerisnya Malayan gharial (Tomistoma schlegelii)[1] adalah reptilia air tawar, menyerupai buaya dengan muncung panjang tirus yang menyerupai gharial, dengan itu nama Inggerisnya.

Buaya jejulung adalah tempatan bagi enam sistem sungai di Sumatera dan Malaysia. Ia turut di dapati di Borneo, Jawa, Vietnam, Thailand (Tidak kelihatan semenjak 1970) dan kemungkinannya di Sulawesi. Jumpaan fossil di China Selatan, menunjukkan pada satu ketika dahulu spesies ini turut terdapat di situ.

Gambar dekat Jejulong

Buaya jejulung, sebagaimana spesies buaya lain, bertelur. Bagaimanapun, disebabkan kekurangan maklumat mengenai habitatnya ketika hidup liar, ia tidak diketahui bila spesies ini membiak dan bila waktu ia bertelur.[perlu rujukan][perlu rujukan] Ia merupakan pembuat sarang timbunan. Jejulung betina biasanya matang apabila bersaiz antara 2-3 m. Ia bertelur sekelompok 30-60 biji telur dalam timbunan daun kering atau tanah gambut. Tidak sebagaimana spesies buaya lain, anaknya tidak menerima penjagaan daripada induk dan terdedah kepada serangan pemangsa seperti babi liar, cerpelai, kucing besar seperti harimau dan harimau bintang, musang dan anjing liar. Anak jejulung menetas selepas 90 hari dan ditinggalkan bagi hidup bersendirian.

Dari segi morphologi, ia telah lama dikelaskan dalam keluarga Crocodylidae; bagaimanapun, kajian immunologikal terkini menunjukkan bahawa ia lebih berkait rapat dengan gharial berbanding apa yang dipercayai sebelum ini, dan telah dikelaskan dalam famili Gavialidae.

Buaya jejulung diancam kepupusan di keseluruhan tempat tinggalnya disebabkan pengeringan kawasan berpaya dan penebangan hutan hujan di sekeliling tempat ia tinggal. Spesies ini turut diburu bagi kulit dan dagingnya dan telurnya turut diambil sebagai makanan manusia. Bagaimanapun langkah positif telah diambil oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia bagi menghalang kepupusan jejulung liar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "Tomistoma schlegelii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2000. 2000. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes a brief justification of why this species is endangered and the criteria used

Pautan luar[sunting | sunting sumber]