Portal:Anime dan manga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Portal:Anime dan Manga)
Selamat Datang ke Portal Anime dan Manga
سلامت داتڠ کڤورتل انيمي دان مانڬا
Commons-tan
Apakah itu "anime" dan "manga"?
Wikipe-tan

Anime (Jepun: アニメ) (Mengenai audio inidengar ) ialah animasi khas yang dihasilkan di Jepun. Perkataan Anime berasal daripada perkataan Inggeris animation. Pada tahun 1960-an, orang Jepun membaca perkataan animation sebagai a-ni-me-syun. Disebabkan kebiasaan tatabahasa Jepun untuk membuang "syun" daripada perkataan pinjaman tersebut, maka mereka mula memanggilnya Anime. Dari sinilah perkataan anime dilahirkan dan digunakan sehingga hari ini di Jepun dan seluruh dunia. Contohnya, perkataan Television menjadi Terebisyun dalam Bahasa Jepun dan dipendekkan ke Terebi sahaja. Perkataan "anime" tampil dalam bentuk tulisan dalam tiga aksara Tulisan Katakana iaitu a, ni, me (アニメ).

Manga (Jepun: 漫画) (Mengenai audio inidengar ) merupakan perkataan komik dalam bahasa Jepun manakala di luar negara Jepun, perkataan tersebut digunakan khusus untuk merujuk komik Jepun. Perbezaan antara sebutan "manga' dan "komik" merupakan perbezaan berdasarkan tempat atau kelompok di mana manga lebih tertumpu kepada komik-komik Jepun (kadang-kala juga termasuk Asia) dan komik lebih kepada komik-komik buatan negara-negara Barat. Kebanyakan mangaka (penulis manga) di Jepun menggunakan gaya sederhana dalam menggambar manga. Walaupun begitu, hampir semua gambar latar belakang manga digambarkan secara realistik meskipun gambar perwatakannya benar-benar sederhana.

Rencana pilihan
Attack on Titan
Attack on Titan (Jepun: 進撃の巨人, Hepburn: Shingeki no Kyojin, lit. "Kemaraan Gergasi") ialah sebuah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Hajime Isayama. Satu ratus tahun sebelum permulaan cerita, makhluk humanoid gergasi dipanggil Titan (Jepun: 巨人, Hepburn: Kyojin) telah memaksa manusia untuk berpindah ke tahap zaman pertengahan teknologi dan berundur ke dalam sistem sepusat Tembok (Jepun: ウォール, Hepburn: Wōru) yang dikenali sebagai Tembok Maria (Jepun: ウォール・マリア, Hepburn: Wōru Maria, paling luar), Tembok Rose (Jepun: ウォール・ローゼ, Hepburn: Wōru Rōze, tengah), dan Tembok Sina (Jepun: ウォール・シーナ, Hepburn: Wōru Shīna, paling dalam). Di dalam tembok ini, manusia hidup dalam keadaan aman untuk seratus tahun. Tetapi pada awal cerita, serangan secara tiba-tiba oleh gergasi Titan enam puluh meter dan Titan kecil yang dilindungi oleh plat perisai menyebabkan kejatuhan dinding paling luar, memaksa manusia untuk meninggalkan tanah antara Tembok Maria dan Rose, yang membawa kepada kelaparan dan kegawatan.
Watak pilihan
Itachi Uchiha
Itachi Uchiha (Jepun: うちは イタチ, Hepburn: Uchiha Itachi) ialah watak fiksyen daripada siri manga dan anime Naruto karya oleh Masashi Kishimoto. Itachi ialah abang kepada Sasuke Uchiha dan bertanggungjawab atas pembunuhan kesemua ahli puaknya kecuali Sasuke. Walaupun dianggap sebagai antagonis untuk sepanjang jalan cerita, dia kemudiannya didedahkan melakukan pembunuhan puak beliau untuk mengelakkan rampasan kuasa yang akan menyebabkan peperangan dan dia telah bertindak untuk kepentingan terbaik Konoha dan Sasuke sepanjang keseluruhan siri ini.
Biografi pilihan
Akira Toriyama
Akira Toriyama (Jepun: 鳥山 明 Toriyama Akira) dilahirkan pada 5 April 1955 di Kiyosu, Aichi, Wilayah Aichi) ialah mangaka Jepun. Dia muncul buat pertama kalinya pada 1978 dengan cerita Wonder Island, disiarkan di majalah Weekly Shonen Jump, dan menjadi terkenal dengan Dr. Slump, disirikan secara mingguan di Shonen Jump dari 1980 sehingga 1984. Pada 1984, dia bertanggungjawab dalam menghasilkan Dragon Ball yang disirikan dalam Weekly Shonen Jump. Di Jepun, ia menjadi jualan terbaik pecah-rekod dengan melebihi 120 juta salinan telah terjual. Selain kejayaan di Jepun, siri ini berjaya di seluruh dunia juga, termasuk Amerika Syarikat dan Amerika Latin.
Tahukah anda
Cosplay watak Kirito
Cosplay watak Kirito
  • ... bahawa manga pertama dijumpai adalah dalam berbentuk skrol yang dibaca dari kanan ke kiri?


...Arkib
Gambar pilihan
Wikipe-tan, ialah maskot bukan rasmi di Wikipedia.
Wikipe-tan, ialah maskot bukan rasmi di Wikipedia.
Kredit: Kasuga

Wikipe-tan ialah antropomorfisme moe dari Wikipedia. Dalam animasi Jepun, watak "moe" ialah mereka yang direka untuk mendapatkan tindak balas perlindungan atau kasih sayang daripada penonton. Seperti kebanyakan watak-watak moe, Wikipe-tan direka untuk menjadi gadis comel.

Topik
Umum

Fandom anime dan manga • Konvensyen anime • Industri anime • Cosplay • Dōjinshi • Sejarah anime • Sejarah manga

Kumpulan demografi

Kanak-kanak • Josei • Seinen • Shōnen • Shōjo

Genre

Ecchi • Harem • Magical girl • Mecha • Yaoi • Yuri • Hentai

Lists
Syarikat anime • Konvensyen anime • Permainan video anime & manga • Jualan manga terlaris • Anime dan manga paling lama aktif • majalah manga
Senarai
Senarai

0-9

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

N

O


P

Q

R

S

T

U

V

W

X

Y

Z

Temukan lebih banyak judul anime dan manga Selengkapnya...


Catatan: Judul komik dengan pautan berwarna merah mengindikasikan bahawa rencana tersebut komik bersangkutan belum dibuat.
Judul komik dengan tanda * sebenarnya merupakan komik Korea (manhwa).
Kategori
Anime Manga
Memberi sumbangan
Projek Wikimedia
Portal lain
Projek Wiki anime dan manga merupakan satu Projek Wiki bagi memperbaiki kualiti rencana atau artikel yang bertopik dan berkaitan dengan anime dan manga. Marilah kita bergabung jika anda ingin berkhidmat dalam rencana mengenai anime ataupun manga. Sebarang perbincangan dan pandangan boleh dikemukan di laman ini.

Filem Opera Seni
Sastera Jepun Muzik klasikal