Pergi ke kandungan

Pengguna:Kurniasan/kotak pasir/2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

<-- skrip $('#submenu ul li:last').click(function() {

   $sarkib = $('#sarkib-kkopi ul');
   if ($sarkib.css('display') == 'none') {
       $sarkib.css('display', 'block').animate({maxHeight:'30px'}, 'slow');
   } else {
       $sarkib.animate({maxHeight:'0px'}, 'slow', function() {$(this).css('display', )});
   }

}); -->

  • Sebelum 2008
  • 20XX
  • 20XX
  • 20XX
  • 20XX
  • 20XX
  • 20XX
  • 20XX
  • 20XX
  • 20XX
  • 20XX
  • 20XX
  • 20XX
  • 20XX
Ralat: tidak ada jalan pintas dinyatakan dan parameter |msg= tidak dinyatakan.
Teks demo: Masukkan teks penerangan di sini dengan menggantikan parameter ke-2 ({{{2}}}) dengan teks penerangan.
Sila letakkan tandatangan beserta tarikh bagi kiriman anda (dengan menaip ~~~~ atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada bar peralatan menyunting).kenapa?

[PENTING] Pengundian perlucutan hak penyelia[sunting sumber]

Salam sejahtera ahli Wikipedia sekalian. Saya ingin menjemput anda untuk memberi undi sama ada menyokong atau menentang perlucutan 7 orang penyelia (termasuk 3 birokrat) oleh sebab ketidakaktifan mereka di sini dalam tempoh 3 bulan terakhir iaitu:

  1. Pengguna:Ricky250 (laman pengundian)
  2. Pengguna:Rachun Dunia (laman pengundian)
  3. Pengguna:SNN95 (laman pengundian)
  4. Pengguna:Irfanshaharuddin (laman pengundian)
  5. Pengguna:Aurora (laman pengundian)
  6. Pengguna:Zamwan (laman pengundian)
  7. Pengguna:Yosri (laman pengundian)

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengundi. Teruskan menyumbang di Wikipedia, semoga ia terus berkembang.

Referendum fungsi muat naik fail di Wikipedia Bahasa Melayu[sunting sumber]

Kenyataan umum[sunting sumber]

Baru-baru ini, saya baru dapat mengenal pasti secara tepat mengenai maklumat penutupan fungsi memuat naik fail di Wikipedia Bahasa Melayu pada 26 Ogos 2016, dan terdapat sebuah perbincangan bermula 18 Jun 2016 sehingga ke 27 Julai 2016 (selama 41 hari) berkaitan hal ini. Antara hujah yang dikemukakan adalah:

Saya mendapat tahu bahawa Wikipedia:Kriteria kandungan tidak bebas tidak begitu diperhatikan di sini dan terdapat banyak pelanggaran hak cipta. Saya mengusulkan supaya semua muat naik fail dikirim ke commons:Special:UploadWizard, dengan cara mematikan Special:Upload untuk pengguna yang bukan penyelia dan mengemaskini pautan di bar sisi. Penyelia di sini akan memiliki lebih banyak waktu untuk hal-hal yang lebih berfaedah. Namun jika tidak memungkinkan, diperlukan suatu penyelesaian lain untuk memperbaiki dasar-dasar perlesenan. Saya fikir kita dapat menutup perbincangan (dan melaksanakan hasilnya) dalam waktu satu bulan dari sekarang.

— Nemo bis (diterjemah oleh Aldnonymous), bahagian "Wikimedia Commons" di Kedai Kopi (Arkib 2), https://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Kedai_Kopi_(dasar)/Archive2#Wikimedia_Commons

Pada waktu itu mungkin disebabkan ramai yang kurang aktif di Wikipedia Bahasa Melayu (termasuklah diri saya), ataupun tidak diuar-uarkan secara meluas, hanya terdapat seorang sahaja yang mengundi untuk menutup fungsi muat naik fail (sepenuhnya) di Wikipedia Bahasa Melayu, dan sepersetujuan untuk menutup fungsi ini diandaikan telah pun dicapai. Namun, saya berpendapat yang sepersetujuan ini walaupun telah diguna pakai tetapi keutuhan sepersetujuan ini amatlah lemah disebabkan kekurangan sokongan pengguna, maka keputusan sepersetujuan ini akan menjadi mudah dipersoal pada masa hadapan. Untuk tujuan menghimpunkan pelbagai pendapat dari pelbagai pengguna serta meningkatkan kesedaran pengguna berkenaan hal ini, terdapat empat perkara yang pada pendapat saya relevan dengan penutupan fungsi muat naik fail di Wikipedia Bahasa Melayu, maka saya berharap agar semua pengguna yang aktif di Wikipedia Bahasa Melayu dapat bersama-sama berkongsikan pandangan peribadi anda di sini. --محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)

Ping pengguna-pengguna aktif yang menyumbang sekurang-kurangnya 50 suntingan dalam masa 30 hari terkini: @Adamhakeemiforv, @Aiman Zaharuddin, @Alenjun03, @Amir Hamzah 2008, @Amni qistina, @AyyanD, @Ceball1923, @Cherryblossom673, @CyberTroopers, @Fandi89, @Haziq Faruqi, @Henri Aja, @Hongqilim, @Marissa Lavigna, @Mat Kiyan, @Meandkancil2020, @Mediahammer 09, @MuhdAliffHaziq, @PeaceSeekers, @Prabukencana, @Protocetus1, @Rino Alwan, @Singmata, @Surat Layang, @Syahzlan syahzlan, @Teh Ais Lemon, @Thegreatrebellion, @TryUTC8, @Udin Azmi, @Ustad abu gosok, @Wiki Farazi, @Zahirulnukman dan @Zayn al aziz محمد حكيمي (bincang) 02:58, 9 Jun 2024 (UTC)
Pengguna yang kurang daripada 50 suntingan dalam masa sebulan terdekat (rujuk Khas:Pengguna aktif) juga dialu-alukan untuk memberikan pandangan anda di sini. محمد حكيمي (bincang) 03:00, 9 Jun 2024 (UTC)

Perkara 1[sunting sumber]

Adakah anda sebagai pengguna Wikipedia Bahasa Melayu sudah tahu berkenaan penutupan fungsi muat naik fail di Wikipedia Bahasa Melayu? Lebih kurang sejak bila anda mengetahui hal ini?

(Tekan "balas" di sini untuk Perkara 1) --محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)

Saya mula tahu kewujudan perkara ini sejak tahun lepas, tak silapnya September 2023. Namun saya berasa sangsi perihal proses undian yang dijalankan maka saya kemukan resolusi ini di sini. --محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)

Perkara 2[sunting sumber]

Adakah anda sebagai pengguna Wikipedia Bahasa Melayu secara peribadi setuju/tidak setuju dengan penutupan fungsi memuat naik fail ke Wikipedia Bahasa Melayu?

Undian pada perkara ini akan direkodkan di Kedai Kopi untuk tujuan pendokumenan di masa hadapan. Sila salin kod berikut untuk menyatakan sokongan/bantahan anda tentang penutupan fungsi muat naik fail di Wikipedia Bahasa Melayu.

  • Kalau setuju maka salin kod ini: # {{undi|Y}}
  • Kalau tidak setuju maka salin kod ini: # {{undi|T}}

(Tekan "balas" di sini untuk Perkara 2) --محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)

  1. Setuju kerana saya tahu penggunaan wajar secara umum amat tidak digalakkan di mana-mana projek-projek Wikimedia, malah dilarang sama sekali di Commons Wikimedia dan Meta-Wiki Wikimedia. Saya sendiri pun tidak nampak jika ada penggunaan perkataan "fair-use (kegunaan wajar)" dalam undang-undang hak cipta di Malaysia, sebaliknya saya hanya nampak ada istilah "fair-dealing (urusan yang wajar)" yang syaratnya lebih ketat berbanding "fair-use" di Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, saya nampak seolah-olah konsep "fair-use" tidak dibincangkan secara terbuka secara umum di Malaysia, maka saya berpendapat memuat naik kandungan berhak cipta untuk kegunaan wajar di Malaysia agak berisiko sebenarnya. --محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)

Perkara 3[sunting sumber]

Apakah yang boleh dilakukan oleh pengguna aktif Wikipedia Bahasa Melayu untuk membantu penyelia/birokrat/pengelola dll. berkenaan isu kelambakan fail-fail yang melanggar hak cipta di Wikipedia Bahasa Melayu? Hal ini diperlukan supaya kerja mengurangkan kandungan yang berlanggar hak cipta di Wikipedia Bahasa Melayu dapat diselesaikan secepat mungkin.

(Tekan "balas" di sini untuk Perkara 3) محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)

Pada pendapat saya, mungkin perlu diadakan projek gotong-royong sesama pengguna-pengguna aktif di Wikipedia Bahasa Melayu. Projek gotong-royong ini dapat dijalankan dengan menetapkan prinsip apa yang dimaksudkan dengan pelanggaran hak cipta (contohnya: semua karya hak cipta milik pengarang yang masih hidup atau pengarang sudah meninggal dunia tetapi belum cukup 50 tahun untuk pelupusan hak cipta boleh dijadikan sebagai calon penghapusan, kecuali karya yang telah diberikan izin secara bertulis oleh pengarang asal untuk melepaskan karyanya ke domain awam), selepas itu mungkin pengguna aktif boleh menambah templat/kategori fail yang melanggar hak cipta, selepas itu penyelia boleh terus memadam fail itu mengikut SOP biasa di Wikipedia Bahasa Melayu. --محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)

Perkara 4[sunting sumber]

Sekiranya fungsi memuat naik fail ada kemungkinan untuk membuka kembali (walaupun peluangnya agak tipis), apakah cadangan mekanisme yang patut dijalankan untuk memastikan fungsi muat naik fail tersebut tidak disalahgunakan?

(Tekan "balas" di sini untuk Perkara 4) محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)

Pada pandangan saya perlu ada mekanisme yang ketat, contohnya: (1) Kandungan yang dimuat naik perlu diletakkan secara automatik teg "Kategori:Status pelanggaran hak cipta belum disemak), sekiranya bilangan item pada kategori ini melebihi contohnya 200 maka penyelia perlu minta di Meta-Wiki/Phabricator untuk tutup fungsi ini secara umum. Atau kalau nak lagi senang (2) Hanya penyelia sahaja yang boleh memuat naik fail dan jika pengguna aktif ingin memuat naik fail maka mereka perlu membuat permintaan dengan mengemukakan bukti bahawa fail yang dimuat naik ini mematuhi polisi Wikipedia:Kandungan tidak bebas kepada penyelia. --محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)