Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maxwell School
SMK Maxwell
Maxwell School
Alamat
Jalan Tun Ismail
Kuala Lumpur, 50480
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah awam semua lelaki sekolah menengah
MotoLatin: Disco Ut Serviam
English: I Learn That I May Serve
Malay:
Berilmu, Beramal
Ditubuhkan1916 (1916)
PengasasKerajaan British Malaya, bersempena nama seorang British, Sir William George Maxwell
StatusOperasi
Daerah sekolahDang Wangi
PengetuaRavi Chandran a/l Krishnan
GredTingkatan 1–6
JantinaLelaki: Tingkatan 1-5
Campur: Tingkatan 6
KampusKampus sekolah kecil, di pinggir pusat bandar
Jenis kampusBandar
Rumah-rumahThamboosamy (merah)
Swettenham (hijau)
Yap Ah Loy (biru)
Sulaiman (kuning)
WarnaHijau Zamrud, Kuning Keemasan, Biru Muda and Putih
LaguDisco Ut Serviam!
Buku tahunanThe Burning Tiger
AfiliasiKementerian Pelajaran Malaysia
MagazinesBerita O'Max
Sixth Form Council Newsletter
SloganMaxwell, Hebat! & Maxwell Dihatiku.
AlumniMaxwellian Old Boys' Association
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell (English: Maxwell School) ialah sekolah menengah semua lelaki, terletak di utara Kuala Lumpur. Ditubuhkan pada tahun 1916,[1] sekolah itu dipercayai sekolah tertua di utara Kuala Lumpur serta salah satu sekolah tertua di Kuala Lumpur dan Malaysia. Kedua-dua pelajar dan alumni semasa dikenali sebagai Maxwellian. Majlis seratus tahun, meraikan ulang tahun ke-100 sekolah itu sejak penubuhannya, telah diadakan pada 30 September 2017.[2]

Kampus[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini kekal di tapak asalnya. Ia pada asalnya terdiri daripada dua blok, blok utama masa kini dan blok gimnasium, yang kini merupakan bilik mesyuarat. Reka bentuk dan ciri-ciri dua blok adalah tipikal struktur zaman penjajah dan mempunyai beberapa persamaan dengan stesen kereta api dan bangunan Sultan Abdul Samad, yang kedua-duanya mempunyai seni bina Moorish. Sekolah itu kemudiannya diperluaskan kepada blok pembinaan batu pepejal dengan bukaan melengkung di sepanjang koridor. Terdapat beranda di kedua-dua belah setiap tingkat blok utama, siling tinggi dan tangga yang luas. Bentuk 'H' bagi blok utama adalah ciri khas setempat. Sekolah ini telah berkembang, dan kini sekolah itu mempunyai dua blok utama tambahan. Yang pertama terletak di belakang blok asal 1917, menempatkan kebanyakan bilik darjah dan makmal, dan menara 6 tingkat baharu yang menempatkan kebanyakan bilik darjah Tingkatan Enam dan perpustakaan sekolah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Maxwell School telah ditubuhkan pada tahun 1916, dan dinamakan sempena sebuah jalan untuk menghormati Sir William George Maxwell. Ia membuka pintu kepada 110 pelajar dan lima tenaga pengajar pada 1 Jun 1922. Semasa zaman sebelum perang, ia berfungsi sebagai sekolah pengumpan (sekolah rendah) kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution). Menjelang 1933, sekolah itu ditutup kepada orang ramai kerana kemelesetan, tetapi dibuka sebagai sekolah swasta dari 1934 hingga 1938. Ia kemudiannya diberikan kepada Sekolah Perdagangan (Trade School) untuk kegunaan mereka.

Semasa Pendudukan Jepun, ia digunakan sebagai kem untuk Kempeitai Jepun. Selepas perang, sekolah itu digunakan sebagai asrama oleh Maktab Teknik yang baru ditubuhkan sehingga 1953, apabila, pada bulan September, sekolah itu dibuka semula sebagai sekolah menengah moden pertama Malaya. Hari ini, Maxwell School masih ditempatkan di bangunan yang sama dan kekal sebagai sekolah menengah sejak itu.

Latar belakang seni bina bangunan sekolah[sunting | sunting sumber]

Maxwell School merupakan diantara sekolah yang terawal dibina di Kuala Lumpur dan juga diantara sekolah yang mempunyai reka bentuk banggunan yang unik dan menarik. Pada awalnya, Maxwell School hanya mempunyai banggunan dua tingkat biasa yang selepas itu diubahsuai kepada bangunan konkrit dengan mengunakan batu-bata merah yang unik dengan koridor dan tingkap berkubah-kubah yang pada masa itu amat lazim dibina sebagai suatu ciri unik sekolah Inggeris. Tanggam-tanggam kayu yang masih kukuh juga dapat dilihat pada bahagian bumbung dan siling. Terdapat Veranda yang lebar dan luas pada kedua-dua sisi banggunan utama Blok A yang bersiling tinggi dan mempunyai tangga besar dan lebar yang juga bercirikan gaya Moorish yang menempatkan Dewan Utama dan Blok B yang penempatkan Bilik Gerakan dan Dewan Kuliah 7 Dekad sekarang,

Warna asal merah batu-bata pada bahagian luar dinding banggunan telah lama menjadi ikon unik bagi sekolah yang telahpun mencapai usia lebih setengah abad ini. Maxwell School merupakan di antara sejumlah sekolah Inggeris yang tidak pernah berpindah daripada kedudukan asalnya. Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia telahpun membina beberapa buah banggunan moden seperti kebanyakan sekolah moden sekarang, reka bentuk huruf "H" yang dapat dilihat dari pandangan udara tetap menjadi mercu tanda kebanggaan sekolah dan juga akan menjadi suatu ciri menarik bagi bandaraya Kuala Lumpur dan sekaligus mengekalkan kemegahan nama Maxwell School untuk bangsa dan negara.

Maxwell School, 1954
Maxwell School, 1984
Maxwell School, 2013
Bangunan Utama, Maxwell School
Gerbang berkubah-kubah Maxwell School
Kaki lima yang luas dan bersiling tinggi, Maxwell School
Tangga gaya Gothic pada banggunan utama, Maxwell School
Bahagian Tangga Maxwell School yang bercirikan Gaya Moorish
Clarestory, Maxwell School
Dewan Kuliah 7 Dekad, Maxwell School

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pengetua Terdahulu[sunting | sunting sumber]

Nama Pengetua Mula Berkhidmat Tamat Berkhidmat Ulasan
1917 1918 Fasa Peperangan
1919 1922 Fasa Penubuhan
Montague B. Brockwell 1922 1925
C. N. Beamish 1925 1928
Harold Ball Aug 1928
Agnes R. Cooke 1928 1930
M. Wheatley 1930 1930
C. W. Bloomfield 1930 1933
R. Thampipillay 1933 1938
1939 1941 Ditutup
1941 1945 Fasa Peperangan
1946 1953 Ditutup
William C. Cleine 1953 1954
Donald Priestley 1954 1956
Paul Chang 1956 1957
Razak Khan 1957 1957
Ong Choon Ghee 1957 1961
A. E. Navarasingam 1961 1961
Wong Ah Fatt 1961 1968
P. Nadarajah 1968 1979
Victor Wong 1979 1988
Abdul Razak Mohammed 1988 1990
Ismail Sajad 1990 1999
Han Seng Kuang 1999 2001
Loy Liang Dee 2001 2006
Azmah Bt. Rajion 2006 2006
Datin Khairiah Abd Majid 2006 2007
Datin Zainab Bee Bte. Ismail 2007 2010
Radiah Binti Nordin K.M.W 2011 2013
Hanipah Binti Endut 2014 2019
Norlaila Binti Ismail 2019 2023
Ravi Chandran A/L Krishnan 2024 Kini

Pengetua Berbangsa Eropah[sunting | sunting sumber]

Nama Pengetua Mula Berkhidmat Tamat Berkhidmat
Annie Grenier 1922 1923
J. H. Dennett 1923 1924
Edith L. Earnshaw 1924 1926
D. A. Peck 1926 1927
Helen D. Leith 1927 1928
Agnes R. Cooke 1928 1929
Nellie F. Careless 1929 1933
Sir Donald Priestly, Pengetua tahun 1950-an, Maxwell School
Tenaga Pengajar, 1954, Maxwell School

Prasarana sekolah[sunting | sunting sumber]

Dengan berpandukan misi dan visi sekolah, iaitu untuk menjadi sebuah sekolah cemerlang menjelang tahun 2011, Maxwell School telah berjaya menyediakan pelbagai-bagai jenis fasiliti bagi kegunaan dan kemudahan Warga Maxwell. Fasiliti seperti bilik darjah yang selesa dan lengkap dengan peralatan yang dapat membantu proses Pengajaran dan Pembelajaran telah disempurnakan. Sebagai sebuah sekolah lama dan elit, Maxwell School tidak terlepas daripada menerima anjakan paradigma daripada dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) masa kini. Kemudahan seperti makmal komputer, WiFi dan pusat akses telah menjadi nadi utama perkembagan pendidikan berasaskan ICT dalam kalangan pelajar mahupun kakitangan dan warga pendidik sekolah.

Pusat Sumber Maxwellian yang telah lama diwujudkan ini juga telah menjadi suatu fasiliti penting lagi bermanfaat bagi membantu Maxwellian dalam mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Dengan berbekalkan beribu-ribu naskah buku rujukan, set ensiklopedia, buku fiksyen dan bukan fiksyen telah menjadikan perpustakaan ini pusat berkumpulnya Warga Maxwell bagi berkongsi pendapat dan menimba ilmu baru. Dengan hasil kutipan dana yang diperoleh daripada Jogathon Maxwellian, pihak sekolah telahpun menyediakan kemudahan seperti mesin air minuman secara percuma di seluruh kawasan sekolah dan juga menaiktaraf peralatan sekolah yang telah rosak.

Surau pelajar yang luas serta selesa juga telah dibina dengan hasil dana sumbangan daripada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP). Dengan adanya Guru Cemerlang bidang kauseling di institusi ini, bilik bimbingan dan kaunselling telah mejadi sebuah hub bagi pelajar untuk, bukan sahaja berkongsi dan menyelesaikan masalah berkaitan akademik mahupun peribadi, tetapi telah menjadi pusat pembekal informasi dalam pelbagai-bagai bidang dari akademik, kokurikum serta sukan. Maxwell School juga dilengkapi dengan kemudahan seperti Kamar Selesa bagi pelajar lelaki dan perempuan, kedai buku, Koperasi sekolah, Cafeteria pelajar yang luas, Gymnasium yang lengkap dengan peralatan bersenam, Bilik Moral, Bilik Seni, Bilik Pengurusan Diri, Dewan Terbuka 1 Maxwell, Dewan Kuliah 7 Dekad, Bilik Sukan, Bilik Pengawas, dan Kompleks Sukan yang lengkap dan luas.

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu sekolah yang pertama berjudul, Disco Ut Serviam, yang dikarang pada tahun 1954 oleh Puan A.V. Priestly, isteri kepada pengetua masa itu Sir Donald Priestly. Lagu ini dinyanyikan bermula dari tahun 1954 hingga 1981.

Service, not wealth or fame,
From this our schools’ high aim,
May we ne’er swerve,
New boy and senior,
Prefect and monitor,
Eyes on the future, for learning we serve,
And when in after years, we test in large spheres,
Hand, brain and nerve,
And fierce machinery,
Commerce and industry,
Science or policy,
In all, we serve,
So all our whole life through,
The law which here we knew,
We shall preserve,
Heedless of selfish gain,
May we with strength maintain,
This, as our life’s refrain,
Learning, we serve.

Pada pertengahan tahun 1980an yang pada masa itu Tuan Victor Wong sebagai pengetua, Sir Leonard Wong diminta untuk mengarang lagu sekolah baru. Lirik untuk lagu baru telah ditulis oleh Puan Soriah Abdullah dan Puan G.Balakrishnan, musik digubah oleh Tuan Leonard Wong sendiri.

Mara serentak, tuju kemasyhuran,
Cabari dunia, capai kejayaan,
Sumbangan bakti, mengharumkan Maxwell,
Megah dan agung nama Maxwell.

Tetap cekal, tempuhi rintangan,
Buru cita penuh jiwa raga,
Kegigihan satu amalan,
Ikrar kita demi tujuan mulia.

Mara serentak, tuju kemasyhuran,
Cabari dunia, capai kejayaan,
Sumbangan bakti, mengharumkan Maxwell,
Megah dan agung nama Maxwell.

Moto sekolah[sunting | sunting sumber]

Moto sekolah ialah;

  • Disco Ut Serviam – Latin
  • I Learn That I May Serve – English
  • Berilmu, Beramal – Malay

Jata sekolah[sunting | sunting sumber]

Jata sekolah, Maxwell School
Jata sekolah, Maxwell School

Lencana sekolah yang pertama kali digunakan untuk melambangkan sebuah institusi yang berprestij ini telah direka oleh pengetua Maxwell School yang ke-9, iaitu Sir Donald Priestly pada awal tahun 1954. Lencana yang baru direka ini pada awalnya hanya mengandungi satu warna sahaja, iaitu warna hijau zamrud. Warna ini sering kali digunakan oleh pertubuhan Missionary untuk menunjukkan semangat keagamaan dan perpaduan di kalangan pelajar. Selepas era peperangan, jata rasmi Maxwell School telah diwarnai dengan pelbagai warna baharu bagi memperlihatkan semangat perpaduan dan keazaman dalam kalangan pelajar berbilang bangsa. Lencana yang baru dinaiktaraf ini mengandungi 4 warna baharu yang membawa 4 maksud yang tersendiri iaitu;

Warna Maksud
Hijau Zamrud melambangkan semangat keagamaan dan persaudaraan antara Maxwellian
Kuning Keemasan melambangkan semangat hormat saling menghormati antara Maxwellian dengan sistem kesultanan dan kerajaan Malaysia
Biru Muda melambangkan semangat berkobar-kobar dan keberanian dikalangan Maxwellian baru (freshman)
Putih melambangkan kesucian dan keikhlasan Maxwellian dalam proses menimba ilmu pengetahuan serta menghormati guru-guru

Di mana lagi lencana mengandungi item yang membawa maksud tersendiri iaitu;

Item Maksud
Bendera Emas bertulis "Maxwell" melambangkan sorakkan gemuruh para Maxwellian terhadap Alma Mater mereka.
Perisai Bes melambangkan kekuatan Maxwellian dalam mencegah diri dari melakukan perbuatan yang tidak bermoral
Harimau Malaya

(Panthera tigris)

melambangkan Maxwell School sentiasa bersedia untuk melahirkan Maxwellian yang berahklak tinggi dan juga menjadi rakat yang berguna
Cogan Kata melambangkan Maxwellian harus mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup agar dapat menjadi rakyat yang berguna.
Kitab Ilmu Pengetahuan melambangkan semangat Maxwellian dalam menimba ilmu baru disamping berpegang teguh pada ajaran agama masing-masing tanpa mengira bangsa
Jangka Lukis melambangkan kesedian Maxwell School dalam melahirkan Maxwellian yang bukan sahaja cemerlang dalam Akademik, tetapi juga cemerlang dalam bidang Teknik dan Vokasional, Kesenian, Kejuruteraan serta Kesukanan.
Jalur Putih Dan Biru yang terjalin melambangkan hubungan yang akrab diantara Maxwellian dengan guru yang mendidik mereka

Kehidupan sebagai Maxwellian[sunting | sunting sumber]

Maxwell School terletak di Jalan Tun Ismail (dahulu Maxwell Road) sebuah sekolah menengah untuk pelajar lelaki dalam lingkungan umur 13 - 19 dan hanya menerima pelajar perempuan pada pra-universiti (tingkatan enam/STPM) sahaja. Maxwell School juga terkenal dengan pencapaiannya yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga sukan bagi peringkat sekolah menengah. Sejak dahulu lagi, Maxwell School terkenal dengan kelas pra-universitinya (tingkatan enam) dan juga merupakan di antara sekolah yang terbaik pencapaiannya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Apa yang menjadikan Maxwell School sebagai sebuah institusi pendidikan elit yang unik telah menjadi suatu kebanggaan. Maxwellian memperoleh pengalaman dan ilmu bukan sahaja dalam bilik darjah. Maxwellian menggelar diri mereka sebangai pelajar yang bersasiah tinggi di dalam mahupun luar sekolah .Antara peraturan yang tidak dilisankan ialah seperti, setiap pelajar baru (freshman) mesti menganggotai sekurang-kuarangnya satu Badan Beruniform, Sukan dan Kelab/Persatuan. Maxwell School mempunyai pelbagai jenis Badan Beruniform, Sukan dan Kelab yang memenuhi setiap citarasa Maxwellian.

Darjah Keenam (Sekolah Rendah), 1926, Maxwell School
Maxwellian bersama Perry O' Brien, 1957

Semangat persaingan dan persahabatan Maxwellian[sunting | sunting sumber]

Seperti sekolah bersejarah yang lain, Maxwell School mempunyai semangat persaingan dan persahabatan yang adil. SMK St John merupakan pesaing dan sahabat tradisi sekolah ini. Semangat persaingan dan persahabatan ini jelas ditonjolkan ketika pelajar Maxwell School mengunjungi sekolah SMK St John untuk perlawanan persahabatan atau sebaliknya. Sekolah Tinggi Setapak, SMK La Salle dan SMK Methodist Sentul juga pesaing dan sahabat tradisi Maxwell School bermula pertengahan tahun 1950an.

Pengakap Muda ke-16, 1957, Maxwell School

Tradisi Maxwellian[sunting | sunting sumber]

Ianya telah menjadi suatu norma untuk sebuah sekolah yang bersejarah seperti Maxwell School untuk mempunyai tradisi yang tersendiri. Kebayankkan tradisi ini masih lagi selamat dari perubahan masa. Pada masa semua tradisi-tradisi ini lenyap pada kebanyakkan sekolah kolonial lain, Maxwell School masih lagi memelihara beberapa tradisi yang masih dianggap relevan. Tradisi pertama merupakan penyerahan lencana Ketua Pelajar (Head Boy) kepada ketua pelajar yang baru pada setiap tahun.

Kesemua uniform pengawas sekolah mesti dijahit sendiri oleh tukang jahit sekolah dan tidak boleh dibeli terus dari kedai baju. Maxwell School Old Boys' Association mesti menjemput Ketua Pelajar menghadiri jamuan makan malam untuk persatuan itu. Pada hari rabu pula, pelajar Maxwell harus berpakaian unit beruniform lengkap. Lencana Rumah Sukan, Persatuan serta Lembaga Tertinggi pin juga perlu dipakai setiap hari bersama-sama lencana dan tanda nama sekolah.

Pelajar perempuan yang tidak bertudung digalakkan mengikat rambut mereka dengan riben putih atau hitam (pengawas). Baju Melayu dan Baju Kurung dipakai bersama samping/kain batik sekolah perlu dipakai oleh semua murid Islam sebagai uniform untuk Persatuan Pelajar islam pada hari Jumaat.

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Sukan[sunting | sunting sumber]

Majlis Sukan Maxwell berada dibawah kelolaan zon Sentul pada peringkat daerah dan bernaung di bawah Majlis Sukan Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) pada peringkat negeri. Semangat kesukanan dalam kalangan Maxwellian dapat dilihat dengan jelas. Maxwell School sejak awal penubuhannya telah memenangi pelbagai trofi serta medal dalam pelbagai acara sukan, menempa nama dalam sukan bola sepak, hoki, sukan atlet, kriket, sepak takraw, ping pong dan juga badminton serta tenis.

Sekolah yang bersejarah ini telah melahirkan ahli sukan kebanggaan Malaysia seperti Zainal Abidin Hassan, E.C.Dutton (penjaga gol kebangsaan), S.A Azman (pemain tenis kebangsaan) dan beberapa ahli kriket Malaysia. Dalam proses pemodenan sukan Malaysia, acara-acara sukan baharu seperti, futsal, sukan bermotor, paintball dan bowling juga telah diperkenalkan

S.A. Azman, Pemain Tenis Kebangsaan, 1954, Maxwell School
Kelab Badminton, 1954, Maxwell School

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

Setiap pelajar mempunyai Rumah Sukan masing-masing dan persaingan di antara rumah sukan ini semakin ketara apabila Hari Sukan Sekolah tiba setiap tahun dan ianya bermula sejak tahun 1955. Terdapat 4 buah rumah sukan di institusi ini;

Rumah Sukan Nama Warna Maskot Sorak
Thamboosamy En. Thamboosamy Merah Singa 2! 4! 6! 8! Thamboo-Lions Memang Hebat!
Swettenham En. Swettenham Hijau Naga Swettenham! Naga! Pergi! Pergi! Pergi!
Yap Ah Loy En. Yap Ah Loy Biru Helang Eagle! Eagle! Mighty! Mighty Eagle! Gooo Blue House!
Sulaiman En. Sulaiman Kuning Harimau Harimau Kuning! Harimau Kuning! Pergi! Pergi! Pergi!
Olahragawan, 1954, Maxwell School

Lembaga dan Majlis Tertinggi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lembaga Pengawas[sunting | sunting sumber]

Sekolah Maxwell mempunyai salah satu lembaga pengawas tertua di Malaysia dan Asia Tenggara. Ia diasaskan pada 1929. Selepas perang, Lembaga Pengawas telah dimulakan semula dan Kapten Sekolah (Head Boy) pertama ialah S. A. Azman pada tahun 1954. Beliau kemudiannya menjadi salah seorang pemain tenis kebangsaan pertama

Pemilihan pengawas dijalankan secara telus melalui sistem undian yang dilakukan oleh para guru dan pelajar Senior. Selepas mejadi "Pengawas Percubaan" untuk beberapa bulan, Majlis Perlantikan dan Penyerahan Watikah akan diadakan sebagai tanda pengiktirafan kepada pengawas baru yang layak. Moto untuk Lembaga Pengawas Sekolah Maxwell ialah "Pengawas Berdedikasi Ke Arah Disiplin". Selepas menerima pelajar perempuan pada lewat tahun 1960-an, jawatan seperti Head Girl telah diwujukan bagi mengetuai pengawas dan pelajar perempuan.

Lencana Ketua Pelajar, Maxwell School
Lembaga Pengawas di Victoria Institution pada Hari Sosial, 1957, Maxwell School
Lembaga Pengawas, 1958, Maxwell School
Lembaga Pengawas, Maxwell School

Lembaga Perpustakawan[sunting | sunting sumber]

Selain pengawas, Perpustakawan juga memainkan peranan penting bagi melicin lagi pentadbiran sekolah. Pada awalnya, Lembaga Perpustakawan mula wujud sebagai sebuah persatuan kecil yang memberi khidmat bakti kepada perpustakaan sekolah. Bermula pada tahun 80-an persatuan kecil ini telah berkembang dari segi bilangan pelajar serta keaktifanya dan situasi ini menyebabkan pihak sekolah telah manaik taraf status persatuan ini kepada sebuah Lembaga. iaitu Lembaga Perpustakawan Maxwell. Sistem pemilihan Persputakawan baru tiada bezanya dengan Pengawas, Perpustakawan Pelatih akan diberi tempoh beberapa bulan untuk mmpelajari ilmu keperpustakawanan dan cara menjaga perpustakaan. Pelatih yang layak akan diberi Watikah Perlantikan dan bagi pelajar yang memenuhi kriteria keperpustakawanan yang tinggi, mereka akan dilantik untuk menjadi Pengerusi Tertinggi Lembaga ini.

Majlis Pra-Universiti[sunting | sunting sumber]

-dalam pembinaan-

Unit Bimbingan Dan Kaunselling[sunting | sunting sumber]

-dalam pembinaan-

Lembaga Koperasi[sunting | sunting sumber]

-dalam pembinaan-

Alumni[sunting | sunting sumber]

Persatuan alumni sekolah itu ialah Maxwell School Old Boys' Association (OBA). Ia ditubuhkan pada 1956, dinyahdaftarkan pada 1983 dan didaftarkan semula pada 13 Februari 1999. OBA mempunyai surat berita yang dikenali sebagai Berita O'Max, yang dikeluarkan setiap suku tahun.

Alumni terkenal termasuk:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bernama (2018-11-04). "Maxwell school in KL now a national heritage | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-03.
  2. ^ Bernama (2018-11-04). "SMK Maxwell in KL given national heritage status". Free Malaysia Today (FMT) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-03.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]