Siti Mastura Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YB Ustazah

Siti Mastura Muhammad

AP
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kepala Batas, Pulau Pinang
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh
Reezal Merican Naina Merican
Ketua Pengarah Ameerah Malaysia
Dalam jawatan
2021–2023
Didahului olehZuraida Md Noor
Digantikan olehMardhiyyah Johari
Butiran peribadi
Lahir (1989-08-27) 27 Ogos 1989 (umur 34)
Permatang Tinggi C, Pinang Tunggal, Pulau Pinang
Parti politik
PekerjaanAhli politik, pendakwah bebas

YB Ustazah Dr Siti Mastura merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang yang menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2022 dengan 28, 604 undi, mewakili 41.27% keseluruhan pengundi di Kepala Batas. Keputusan PRU 15 melebihi keputusan semasa PRU 14 yang memberikan undi kepada beliau sebanyak 12, 120, mewakili 23.17% keseluruhan pengundi di Kepala Batas. Keputusan ini menunjukkan peningkatan sokongan pengundi Kepala Batas kepada YB Dr. Mastura. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang.

Pendidikan

  • Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengurusan Pembangunan Islam dari Universiti Sains Malaysia

Memenangi 'Anugerah Tesis Terbaik' bertajuk Konsep Kepenggunaan Wasatiyyah berdasarkan Al-Quran: kajian tafsir Al-Mawduiy

  • Sarjana Pengurusan dan Pembangunan Islamik Universiti Sains Malaysia
  • Sarjana Muda Pengkhususan Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Daeratul Maarifil Wataniah (DMW), Kepala Batas

Tuduhan fitnah terhadap pemimpin DAP[sunting | sunting sumber]

Dalam ceramah politik Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman pada 4 November 2023, tanpa mengemukakan sebarang bukti, Siti Mastura telah membuat kenyataan kononnya ahli politik DAP Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang mempunyai hubungan kekeluargaan (sepupu) dengan mendiang Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew serta bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng, serta menuduh mereka menyebarkan ideologi komunis melalui sistem cadre. Beliau juga mendakwa ahli politik DAP Teresa Kok merupakan sepupu kepada isteri Guan Eng, Betty Chew. Dalam ceramahnya, Siti Mastura turut mengubah sebutan nama Lee Kuan Yew kepada "Lim" Kuan Yew dalam percubaannya untuk mengaitkan Perdana Menteri Singapura tersebut dengan keluarga Lim. Akibat dakwaan tersebut, Guan Eng telah memberi kata dua kepada Siti Mastura untuk mengemukakan bukti terdapatnya pertalian darah antara keluarga Lim, Chin Peng, dan Lee Kuan Yew, ataupun berhadapan dengan tindakan mahkamah, namun Siti Mastura enggan memberi kerjasama.[1]

Setelah laporan polis dibuat, Siti Mastura telah diarahkan memberi keterangan kepada pihak polis.[2] Pada 29 November 2023, Siti Mastura akhirnya disaman tiga pemimpin DAP yang difitnahnya.[3] Setelah kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan melalui proses pengantaraan (mediation) yang diperintahkan mahkamah, tarikh perbicaraan ditetapkan pada bulan September 2024.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

2. https://pru.sinarharian.com.my/calon/6563/siti-mastura-muhammad