Pergi ke kandungan

Husky

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Husky kereta luncur salji yang berehat selepas perlumbaan

Husky[a] ialah istilah umum untuk anjing yang digunakan di kawasan kutub, terutamanya dan khususnya untuk kerja sebagai anjing kereta luncur salji. Ia merujuk jenis utara tradisional, yang terkenal dengan toleransi cuaca sejuk dan ketahanan keseluruhannya.[1][2] Husky lumba moden yang mengekalkan trait baka Artik (juga dikenali sebagai husky Alaska) mewakili baka silang sentiasa berubah-ubah bagi anjing terpantas.[3][4]

Husky terus digunakan dalam perlumbaan kereta luncur salji anjing, serta perniagaan ekspedisi dan pelancongan gaya trek, dan sebagai kaedah pengangkutan penting dalam komuniti luar bandar.[5] Husky juga dibela sebagai haiwan peliharaan dan banyak kumpulan bekerja untuk mencarikan rumah haiwan peliharaan baharu untuk anjing lumba dan anjing trek kembara bersara.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Husky Labrador yang sedang diberi makan oleh lelaki Inuit

Kedekatan genetik hampir semua anjing dengan serigala kelabu disebabkan oleh percampuran.[7] Walau bagaimanapun, beberapa baka Artik juga menunjukkan kedekatan genetik dengan serigala Taimyr di Asia Utara yang kini pupus kerana percampuran: husky Siberia dan anjing Greenland (yang juga dikaitkan dari segi sejarah dengan populasi manusia Artik) dan sehingga takat lebih rendah, shar pei dan spits Finland. Graf percampuran bagi anjing Greenland menunjukkan angka paling cocok 3.5% bahan kongsi; walau bagaimanapun, perkadaran keleluhuran antara 1.4% dengan 27.3% adalah tekal dengan data dan menunjukkan percampuran antara serigala Taimyr dengan leluhur kepada keempat-empat baka latitud tinggi ini.

Introgresi ini dapat memberi anjing awal yang tinggal di latitud tinggi variasi fenotip yang bermanfaat untuk penyesuaian terhadap persekitaran baharu dan mencabar, yang menyumbang dengan ketara kepada perkembangan husky. Ini juga menunjukkan bahawa keleluhuran baka anjing zaman kini diturunkan daripada anjing dari lebih daripada sebuah rantau.[8]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Seekor husky Siberia dengan heterokromia

Istilah "husky" mula-mula digunakan pada pertengahan hingga lewat tahun 1700-an. Pada masa ini, "Esquimaux" atau "Eskimo" ialah istilah lazim untuk penduduk Artik pra-Columbus di Amerika Utara. Beberapa pilih atur dialek digunakan termasuk Uskee, Uskimay, dan Huskemaw. Oleh itu, anjing yang digunakan oleh orang Artik ialah anjing orang Huskie dan akhirnya hanya anjing husky.[9][10] Para peneroka Kanada dan Amerika, yang tidak begitu arif tentang geografi Rusia, kemudian melanjutkan perkataan itu kepada anjing tarikan Chukotka yang diimport dari Rusia, lalu membangkitkan istilah husky Siberia.

Ciri[sunting | sunting sumber]

Husky bertenaga dan atletik. Ia dibezakan dengan ketahanan dan toleransi cuaca sejuk, yang berbeza dengan banyak anjing kereta luncur salji pecut moden yang diterbitkan daripada baka silang hound dan anjing penuding dan anjing pecut baka tulen yang tidak mempunyai atau mengekalkan kualiti ini.[11] Begitu juga, ia dibezakan daripada laika, kerana tidak dikembangkan untuk tujuan utama pemburuan binatang buruan dan mangsa.[12]

Husky biasanya mempunyai lapis bulu ganda tebal yang mungkin terdapat dengan pelbagai warna.[13] Lapis bulu ganda pada umumnya melindungi husky daripada musim sejuk teruk dan, bertentangan kepercayaan kebanyakan orang, ia dapat bertahan dalam iklim lebih panas. Semasa iklim lebih panas, husky cenderung untuk menggugurkan lapis bulu bawahnya dengan kerap untuk menyejukkan badannya. Selain salin bulu, husky mengawal tabiat pemakanannya berdasarkan musim; dalam iklim lebih sejuk, ia cenderung untuk memakan jumlah banyak, lalu menyebabkan penghadamannya menghasilkan haba, manakala dalam iklim lebih panas, ia kurang memakan.[14] Matanya biasanya berwarna biru pucat, walaupun mungkin juga berwarna pearng, hijau, biru, kuning, atau heterokromik. Husky lebih terdedah kepada sesetengah tahap uveitis berbanding dengan kebanyakan baka lain.[15]

Baka[sunting | sunting sumber]

Seekor husky Alaska

Ini ialah senarai baka anjing yang mengandungi "husky" dalam nama. Untuk melihat senarai lengkap baka kereta luncur salji, lihat Anjing kereta luncur salji.

Husky Alaska[sunting | sunting sumber]

Anjing yang paling lazim digunakan dalam perlumbaan kereta luncur salji anjing,[16] iaitu husky Alaska, ialah anjing baka kacuk[17] yang dibiabakakkan khusus untuk prestasinya sebagai anjing kereta luncur salji.[18] Husky Alaska moden mencerminkan tempoh 100 tahun atau lebih bagi pembiakbakaan silang dengan anjing penuding Inggeris, anjing gembala Jerman, saluki, dan baka lain untuk memperbaik prestasinya.[19] Ia biasanya berukuran seberat 18–34 kg (40–75 lb) dan mungkin mempunyai bulu lebat atau licin. Husky Alaska mempunyai sedikit keserupaan dengan baka husky tipikal yang merupakan asalnya, atau dengan satu sama lain.[18]

Husky Labrador

Husky Labrador[sunting | sunting sumber]

Husky Labrador berasal dari rantau Labrador di Kanada. Baka ini barang kali tiba di kawasan ini dengan orang Inuit yang datang ke Kanada sekitar pada sekitar tahun 1300 M. Walaupun namanya sedemikian, husky Labrador tidak berkaitan dengan anjing pengutip Labrador, tetapi sebenarnya paling berkait rapat dengan anjing Eskimo Kanada. Terdapat anggaran 50–60 ekor husky Labrador di dunia.[20][21]

Tugu Peringatan Husky Sakhalin di Jepun

Husky Sakhalin[sunting | sunting sumber]

Husky Sakhalin ialah satu baka tempatan terancam genting dan laika kereta luncur salji yang dikaitkan dengan Pulau Sakhalin dan kawasan bersebelahan.[22][23][24] Ia juga dikenali sebagai anjing Karafuto, laika Sakhalin, atau laika Gilyak.[25] Walaupun dibiakbakakan terutamanya sebagai anjing kereta luncur salji, husky Sakhalin juga digunakan untuk pemburuan beruang dan memancing.[18][24] Terdapat hampir-hampir 20 ekor husky Sakhalin yang tersisa di Pulau Sakhalin.[24]

Husky Siberia[sunting | sunting sumber]

Seekor husky Siberia hitam dan putih

Husky Siberia adalah lebih kecil daripada malamut Alaska yang kelihatan serupa. Ia merupakan keturunan anjing tarikan Chukotka yang dibiakbakakan dan digunakan oleh orang asli Chukchi di Siberia, orang yang berasal dari Paleosiberia, pada sekitar tahun 2000 SM.[26] Sebagai anjing yang diimport ke Alaska pada awal tahun 1900-an, ia digunakan sebagai anjing pekerja dan anjing kereta luncur salji perlumbaan di Nome, Alaska sepanjang tahun 1910-an, dan kerap mendominasi All-Alaska Sweepstakes.[27] Ia kemudian dibiakbakakan secara meluas oleh musher rekreasi dan penggemar anjing pertunjukan di Amerika Syarikat dan Kanada sebagai husky Siberia, selepas kepopularan yang diperoleh daripada pengangkutan serum ke Nome tahun 1925.[28] Husky Siberia berdiri setinggi 20–23.5 inci (51–60 cm), berukuran seberat 35–60 paun (16–27 kg) (35–50 lb (16–23 kg) untuk betina, 45–60 lb (20–27 kg) untuk jantan), dan telah dibiakbakakan secara terpilih untuk kedua-dua penampilan dan keupayaan penarikan.[29] Ia masih digunakan dengan kerap kini sebagai anjing kereta luncur salji oleh para musher kompetitif, rekreasi, dan pemandu pelancong.[30]

Husky Sungai Mackenzie[sunting | sunting sumber]

Istilah husky Sungai Mackenzie memerihalkan beberapa populasi tempatan bertindihan bagi anjing jenis anjing kereta luncur salji Artik dan sub-Artik, yang tiada salah satu pun daripadanya membentuk baka. Anjing dari Wilayah Yukon disilangkan dengan baka besar Eropah seperti anjing Santo Bernard dan anjing Newfoundland untuk mewujudkan anjing pengangkut berkuasa yang mampu bertahan dalam keadaan keras Artik semasa Kerubut Emas Klondike.[31]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: هسکي; bahasa Inggeris: husky

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ H., Bonham, Margaret (2001). Northern breeds (dalam bahasa Inggeris). Barron's. OCLC 1245640121.
  2. ^ "Sled Dog Central : A Deeper History of the Origins of the Alaskan Husky by Stephanie Little Wolf". www.sleddogcentral.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  3. ^ Schultz, Jeff (28 Januari 2003). Dogs of the Iditarod (dalam bahasa Inggeris). Seattle, Amerika Syarikat: Sasquatch Books. m/s. 41. ISBN 1-57061-292-7.
  4. ^ D. K. (1 Oktober 2013). The dog encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Dennis-Bryan, Kim, Baggaley, Ann, John, Katie, DK Publishing, Inc. (ed. ke-1 Amerika). New York, Amerika Syarikat. m/s. 103. ISBN 9781465421166. OCLC 859155647.
  5. ^ Neary, Kathleen (14 Januari 2008). "How Sled Dogs Work" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  6. ^ Keith, Christie (18 Februari 2011). "Lessons from a sled dog massacre" (dalam bahasa Inggeris). sfgate. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  7. ^ Freedman, A. H.; Gronau, I.; Schweizer, R. M.; Ortega-Del Vecchyo, D.; Han, E.; Silva, P. M.; Galaverni, M.; Fan, Z.; Marx, P.; Lorente-Galdos, B.; Beale, H.; Ramirez, O.; Hormozdiari, F.; Alkan, C.; Vilà, C.; Squire, K.; Geffen, E.; Kusak, J.; Boyko, A. R.; Parker, H. G.; Lee, C.; Tadigotla, V.; Siepel, A.; Bustamante, C. D.; Harkins, T. T.; Nelson, S. F.; Ostrander, E. A.; Marques-Bonet, T.; Wayne, R. K.; Novembre, J. (2014). "Genome Sequencing Highlights the Dynamic Early History of Dogs". PLOS Genetics (dalam bahasa Inggeris). 10 (1): e1004016. doi:10.1371/journal.pgen.1004016. PMC 3894170. PMID 24453982.
  8. ^ Skoglund, P.; Ersmark, E.; Palkopoulou, E.; Dalén, L. (2015). "Ancient Wolf Genome Reveals an Early Divergence of Domestic Dog Ancestors and Admixture into High-Latitude Breeds". Current Biology (dalam bahasa Inggeris). 25 (11): 1515–1519. doi:10.1016/j.cub.2015.04.019. PMID 26004765.
  9. ^ Harper, Kenn (28 September 2007). "The Evolution of a Word Husky". Nunatsiaq News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  10. ^ Dalziel, Hugh (1879). British dogs; their varieties, history, characteristics, breeding, management and exhibition. (dalam bahasa Inggeris). University of California Libraries. London, The bazaar office. m/s. 205–213.
  11. ^ Brown, S K; Darwent, C M; Wictum, E J; Sacks, B N (24 Jun 2015). "Using multiple markers to elucidate the ancient, historical and modern relationships among North American Arctic dog breeds". Heredity (dalam bahasa Inggeris). 115 (6): 488–495. doi:10.1038/hdy.2015.49. ISSN 0018-067X. PMC 4806895. PMID 26103948.
  12. ^ VLADIMIR., BEREGOVOY (2019). HUNTING LAIKA BREEDS OF RUSSIA (dalam bahasa Inggeris). ROSEDOG PR. ISBN 978-1-64426-696-0. OCLC 1231601344.
  13. ^ The Oxford Pocket Dictionary of Current English 2009 online http://www.encyclopedia.com/topic/husky.aspx
  14. ^ "Eating Habits of Siberian Huskies". Pets - The Nest (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  15. ^ Uveodermatologic syndrome, http://www.vetmed.ucdavis.edu/courses/vet_eyes/conotes/con_chapter_11.html (Inggeris) Diarkibkan 6 Jun 2012 di Wayback Machine
  16. ^ "Sled Dogs: An Alaskan Epic ~ About | Nature | PBS". Nature (dalam bahasa Inggeris). 21 November 1999. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  17. ^ "Sled Dogs in the North | Yukon Quest". Yukon Quest (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  18. ^ a b c Cary, Bob (2009). Born to pull : the glory of sled dogs (dalam bahasa Inggeris). Internet Archive. Minneapolis, Amerika Syarikat: University of Minnesota Press. ISBN 978-0-8166-6773-4.
  19. ^ Brown, S K; Darwent, C M; Wictum, E J; Sacks, B N (Disember 2015). "Using multiple markers to elucidate the ancient, historical and modern relationships among North American Arctic dog breeds". Heredity (dalam bahasa Inggeris). 115 (6): 488–495. doi:10.1038/hdy.2015.49. ISSN 0018-067X. PMC 4806895. PMID 26103948.
  20. ^ Hoyles, Samantha (Musim Panas 2017). "The Great Labrador Husky". Inside Labrador (dalam bahasa Inggeris): 60–64.
  21. ^ Losey, Robert J.; Wishart, Robert P.; Loovers, Jan Peter Laurens, penyunting (13 Jun 2018). Dogs in the North: Stories of Cooperation and Co-Domestication (dalam bahasa Inggeris). Routledge.
  22. ^ Niramin (12 Januari 2017). "Сахалинский хаски - исчезающая порода. Редкие фотографии собак в галерее. » Дикая граница" [Husky Sakhalin Ialah Baka Terancam]. Дикая граница (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  23. ^ Yasko, Kirill (31 Oktober 2015). "Последний каюр псов Карафуто. Сахалин.Инфо" [The Last Musher of the Karafuto Dogs]. sakhalin.info (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  24. ^ a b c Пасюков, Пётр (8 Oktober 2020). "БЕЛЫЙ СОН" [Mimpi Putih]. ОСТРОВ 2049 (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  25. ^ Панкстьянов, Даниил (21 Februari 2023). "На Сахалине пытаются сохранить уникальную породу собак" [Tentang Sakhalin, mereka sedang mencuba untuk menyelamatkan baka anjing unik]. Комсомольская правда (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  26. ^ "Siberian Husky" (dalam bahasa Inggeris). 15 Disember 2018.
  27. ^ Thomas, Bob; Thomas, Pat (2015). Leonhard Seppala: the Siberian dog and the golden age of sleddog racing 1908-1941 (dalam bahasa Inggeris). Missoula, Montana, Amerika Syarikat: Pictorial Histories Publishing Company. ISBN 978-1-57510-170-5. OCLC 931927411.
  28. ^ "Siberian Husky History". Siberian Husky Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  29. ^ "The Siberian Husky Standard". Siberian Husky Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  30. ^ "Do many Siberian Huskies run the Iditarod? If not, why? – Iditarod". iditarod.com (dalam bahasa Inggeris). 12 Oktober 2020. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  31. ^ MacQuarrie, Gordon (Disember 1997). "Kenai, Dog of Alaska". The Gordon MacQuarrie Sporting Treasury (dalam bahasa Inggeris): 98–99.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Husky di Wikimedia Commons