Pergi ke kandungan

Spits

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seekor spits Jerman

Spits[a] (nama diterbitkan daripada perkataan bahasa Jerman spitz, yang memaksudkan "runcing", yang merujuk muncung runcing)[1] ialah sejenis anjing bela jinak yang terdiri daripada antara 50 dengan 70 baka bergantung pada pengelasan. Tiada takrifan tepat bagi "spits" tetapi biasanya kebanyakan baka spits mempunyai telinga mencucuk, mata berbentuk badam, muncung runcing, lapis bulu ganda, dan ekor yang melengkung ke atas belakang.[2]

Asal usul tepat anjing spits masih tidak diketahui, walaupun kebanyakan spits yang terlihat kini berasal dari rantau Artik atau dari Siberia.[perlu rujukan] Johann Friedrich Gmelin menerangkan jenis ini sebagai Canis pomeranus dalam semakan tahun 1788 beliau bagi Systema Naturae.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing jenis spits telah digambarkan pada makam dinasti IV Mesir.[4] Anjing mainan jenis spits telah digambarkan sejak tahun 500 SM pada tembikar Yunani Purba.[5]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Spits adalah sangat sesuai untuk kehidupan dalam iklim utara keras. Ia kerap mempunyai lapis bulu dawah kalis air penebat yang lebih padat daripada lapis bulu atas untuk memerangkap kehangatan. Telinga tegak kecil membantu untuk mengurangkan risiko luka beku, perkadaran segi empat sama dan bulu tebal yang tumbuh pada kaki melindungi anjing daripada ais tajam. Banyak baka spits, seperti anjing Akita Jepun dan cau-cau, mengekalkan ciri-ciri mirip serigala seperti sikap berdikari, kecurigaan, dan agresi terhadap manusia yang tidak dikenali dan anjing lain, dan memerlukan banyak pelatihan dan sosialisasi semasa masih anak anjing sebelum menjadi mudah terurus di persekitaran bandar. Sesetengahnya, seperti anjing beruang Karelia, adalah lebih sukar untuk dilatih sebagai anjing pendamping. Sesetengah baka, seperti anjing Pomerania, mempunyai surai. Beberapa baka spits (seperti husky) dibiakbakakan untuk satu tujuan sahaja. Walau bagaimanapun, ada kelaziman untuk kebanyakan baka spits (seperti laika Rusia) menjadi anjing tujuan umum di tanah airnya, kerana digunakan untuk perburuan, penghelaan, penggembalaan, dan penjagaan.[perlu rujukan] Baka lebih kecil mempunyai muka yang menyerupai muka rubah, sementara baka lebih besar mempunyai muka yang menyerupai muka serigala.

Teman dan mainan[sunting | sunting sumber]

Spits, dengan bulu tebal, lingkaran leher gebu, ekor melingkar, dan muncung dan telinga kecil, telah dibiakbakakan menjadi anjing bukan pekerja yang direka untuk menjadi teman atau anjing riba. Trend ini paling terbukti pada anjing Pomerania yang kecil, yang pada asalnya anjing lebih besar yang lebih dekat dengan saiz anjing Kees sebelum dikecilkan melalui pembiakbakaan untuk dijadikan haiwan istana yang boleh diterima.[perlu rujukan]

Anjing Kees, iaitu keragaman spits serigala bagi spits Jerman, ialah haiwan peliharaan penyayang, setia, dan sangat bertenaga yang dibiakbakakan sebagai anjing pengawas untuk tongkang (maka dinamai anjing tongkang Belanda). Baka ini kerap diiktiraf kerana mulut "tersenyum". Spits lain yang telah dibiakbakakan untuk menjauhi kegunaan untuk kerja merupakan anjing Eskimo Amerika, klee kai Alaska, spits Jerman, anjing rubah kecil Itali, dan spits Jepun.[perlu rujukan]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: سڤيت‌س; Jerman: Spitz, bahasa Jerman: [ʃpɪt͡s]  ( dengar); bahasa Inggeris: spitz

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Spitz etymology". Oxford English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Universiti Oxford. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  2. ^ Johnstone, Gemma. "Spitz Breeds". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  3. ^ Linnaeus, C. (diterjemajkan dan disemak oleh R. Kerr). 1792. The Animal Kingdom; or, zoological system of the celebrated Sir Charles Linnaeus. Class I. Mammalia and Class II. Birds. Being a translation of that part of the Systema Naturae, as lately published with great improvements by Professor Gmelin, together with numerous additions from more recent zoological writers and illustrated with copperplates (Inggeris). J. Murray, London, United Kingdom, 644 hlm.
  4. ^ Vesey-Fitzgerald, m/s. 54.
  5. ^ Vesey-Fitzgerald, m/s. 56.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]