Pergi ke kandungan

Schnauzer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jenis schnauzer: kerdil, sederhana, dan gergasi

Schnauzer[a] ialah sejenis baka anjing yang berasal dari Jerman dari abad ke-14 hingga abad ke-16.[1][2][3] Istilah ini berasal daripada perkataan bahasa Jerman untuk "muncung" dan dalam bahasa sehari-hari memaksudkan "misai",[4] atau "muncung berjanggut",[1] kerana muncung berjanggut distingtif anjing ini.[5] Pada mulanya, ia dipanggil pincer berbulu dawai, sementara schnauzer diterima pakai pada tahun 1879.[1][6]

Baka[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga baka: sederhana, gergasi, dan kerdil. Mainan dan cawan teh bukan baka schnauzer, tetapi istilah laizm ini digunakan untuk memasarkan schnauzer kerdil yang bersaiz kurang atau dibiakbakakan dengan buruk.[7] Schnauzer asli bersaiz sama dengan baka schnauzer sederhana moden dan dibiakbakakan sebagai anjing penangkap tikus dan anjing pengawal. Schnauzer gergasi dan schnauzer kerdil dikembangkan daripada schnauzer sederhana dan merupakan hasil persilangan ke luar dengan baka lain yang mempamerkan ciri-ciri yang diingini untuk tujuan asli schnauzer. Schnauzer ditempatkan oleh VDH dan FCI dalam "Kumpulan 2, Seksyen 1: Pincer dan Schnauzer", dengan "No. 181, 182, dan 183" dalam "Seksyen 1.2: Schnauzer" yang dikhususkan untuk ketiga-tiga baka schnauzer.[8]

  • Schnauzer sederhana (yang juga dikenali sebagai schnauzer piawai) adalah setinggi sekitar 1.5 ka (46 cm) pada paras bahu dan berukuran seberat 30–45 lb (14–20 kg). Ia tergolong dalam kumpulan anjing pekerja yang dibiakbakakan sebagai anjing berbilang fungsi untuk menangkap tikus dan rodensia lain, sebagai anjing penjaga haiwan ternakan dan anjing pengawal, dan kemudian ia juga telah membawa pesanan semasa peperangan, membantu pihak Palang Merah, dan menjadi anjing polis.[2][6] Ia dianggap mempunyai keleluhuran bersama dengan pincer Jerman sebagai varian berbulu dawai bagi baka pincer itu dan mungkin disilangkan dengan pudel Jerman hitam dan spits serigala kelabu, yang kepada pengaruhnya lapis bulu lembut hitam dan lapis bulu dawai kelabu garam dan lada diatributkan.[2]
  • Schnauzer gergasi adalah setinggi sekitar 2 ka (61 cm) pada paras bahu dan berukuran seberat 55–80 lb (25–36 kg). Ia merupakan anjing pekerja yang dikembangkan di Schwaben pada abad ke-17,[9] yang pernah dikenali sebagai schnauzer München,[10] pada asalnya dibiakbakakan untuk menggiring haiwan ternakan ke pasar dan menjaga ladang,[11] dan kemudian digunakan sebagai anjing polis dan anjing ketenteraan.[12] Ahli kinologi percaya bahawa schnauzer gergasi telah dikembangkan secara bebas melalui persilangan anjing besar Denmark hitam,[13] münchener,[13] anjing gembala Jerman,[13] anjing Rottweil,[13] anjing Dobermann,[13] bokser,[13] anjing lembu Flandre,[13] anjing gembala Thüringen,[14] dan standard sederhana.[10][14]
  • Schnauzer kerdil (yang juga dikenali sebagai schnauzer katik) adalah setinggi sekitar 1 ka (30 cm) pada paras bahu dan berukuran seberat 14–20 lb (6.4–9.1 kg).[15] Ia dikembangkan sejak lewat abad ke-19 dan ahli kinologi menganggap bahawa schnauzer kerdil ialah hasil penyilangan schnauzer sederhana asli dengan baka lebih kecil seperti pincer monyet[2][16][17] dan pudel kerdil.[18][19] Schnauzer kerdil dikelaskan dalam kumpulan utiliti (United Kingdom, Australia, New Zealand) atau kumpulan terier (Amerika Syarikat, Kanada),[2] namun, tidak berkaitan dengan kumpulan terier kerana tidak mempunyai perangai, lapis bulu, dan rupa bentuk kepala dan tubuh tipikal terier.[3][20] American Kennel Club (AKC) meluluskan kelabu garam dan lada, hitam, dan hitam dan perak sebagai warna lapis bulu yang boleh diterima untuk schnauzer katik. Ia juga dibiakbakakan dengan warna putih metah atau berwarna-warni, tetapi kedua-duanya tidak diluluskan oleh AKC.[3][21] Pada tahun 2004, schnauzer katik merangkumi 2.4% daripada perkadaran anjing baka tulen yang didaftarkan oleh AKC.[22]

Genetik[sunting | sunting sumber]

Seekor schnauzer kerdil garam dan lada dengan telinga dan ekor utuh

Dalam sebuah kajian genetik populasi tahun 2004 terhadap 85 ekor anjing baka tulen, yang menggunakan kaedah berdasarkan gugusan dengan empat gugusan genetik yang dikenal pasti, ketiga-tiga baka schnauzer secara struktur kebanyakannya bergugus dalam gugusan "keturunan Eropah baru, sebahagian besarnya terier dan hound, dengan peratusan lebih kecil dalam gugusan "baka pekerja" dan gugusan "baka jenis mastif", manakala gugusan "baka Asia/hound purba dan baka jenis spits" hadir dalam kalangan schnauzer gergasi.[22] Dalam sebuah kajian anomali mata collie tahun 2007 terhadap 638 ekor anjing daripada 132 baka berlainan, dengan lima spesimen daripada setiap saiz baka schnauzer, dalam struktur populasi bagi analisis mikrosatelit, schnauzer itu kebanyakannya bergugus dalam "kumpulan pemburu" dan bukannya "kumpulan mastif/terier".[23] Dalam sebuah kajian GWAS tahun 2010 yang menggunakan lebih daripada 48,000 polimorfisme nukleotida tunggal daripada 915 ekor anjing daripada 85 baka, schnauzer sederhana dan schnauzer gergasi membentuk cabang pokok filogenetik terpisah yang bergugus sesama baka-baka "moden" (cth., "anjing pekerja") dan bukan gugusan "terier kecil"/"mastif-terier", yang mengongsi kedekatan genetik dengan pincer Dobermann, anjing gembala Jerman, dan anjing air Portugis.[24][25]

Dalam kajian WGS paling terkini tahun 2017 terhadap 1,346 ekor anjing daripada 161 baka, schnauzer sederhana dan schnauzer kerdil membentuk satu klad filogenetik terpisah daripada 23 klad dan membentuk satu klad lebih luas unik yang dalamnya kedua-dua baka mengongsi keleluhuran bersama dengan baka-baka jenis spits seperti anjing Eskimo Amerika, anjing Pomerania, dan anjing rubah kecil Itali, serta schipperke, papillon, grifon Brussel, dan pug. Walaupun schnauzer gergasi mengongsi satu haplotip dengan dua baka schnauzer lain, ia membentuk nod filogentik dalam klad terpisah dan mengongsi keleluhuran bersama dengan terier hitam Rusia, anjing Rottweil, dan pincer Dobermann.[26] Dalam sebuah lagi kajian WGS tahun 2017 yang menyelidik varian-varian genetik untuk pembangunan ekor pendek dalam kalangan baka anjing, schnauzer (kerdil) dan anjing Rottweil yang disampelkan mempunyai "fenotip ekor pendek yang disebabkan oleh faktor-faktor genetik yang tidak diketahui" dan "diramalkan telah mengembangkan ekor pendek secara bebas".[27]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Perbezaan saiz antara schnauzer kerdil dengan schnauzer gergasi
Schnauzer kerdil yang berlari

Baka ini mempunyai kecerdasan melebihi purata dan mampu berfikiran bebas, jadi pelatihan awal dan pelbagai senaman harian disyorkan. Berdasarkan metodologi pemeringkatan buku The Intelligence of Dogs (2006) karya Stanley Coren, schnauzer kerdil menduduki tempat ke-12, schnauzer sederhana di tempat ke-18, dan schnauzer gergasi di tempat ke-28 daripada 140 baka dalam 79 peringkat tentang keupayaan untuk mempelajari dan mematuhi perintah baharu, contohnya, kecerdasan kerja dan kepatuhan. Schnauzer kerdil dan schnauzer sederhana dikelompokkan sesama "anjing pekerja cemerlang", sementara schnauzer gergasi adalah sesama "anjing pekerja melebihi purata". Di samping itu, pakar meletakkan schnauzer kerdil sebagai yang ke-5 dalam kalangan 15 baka teratas dari segi keupayaan salakan anjing pengawas, schnauzer gergasi sebagai yang ke-6 dalam kalangan 13 baka teratas dari segi keupayaan anjing pengawal berkesan, sementara dari segi kecerdasan penyesuaian ketiga-tiga baka menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah baik.[28] Ia bersikap pelindung dan bertenaga dan memberikan amaran kepada isi rumah tentang sebarang potensi bahaya, walaupun sifat waspadanya dapat membawa kepada salakan berkekalan.[29] Untuk mengelakkan anjing daripada menjengkelkan jiran, pemilik anjing patut berusaha sedaya upaya untuk membendung salakan berlebihan melalui pelatihan.[30]

Schnauzer mempunyai janggut distingitf dan kening panjang dan berjumbai. Ia pada umumnya sama ada berwarna garam dan lada, hitam, atau putih, tetapi juga dapat berwarna coklat. Sesetengah pemilik mencukur schnauzer mereka pada belakang manakala bulu pada tungkai dikekalkan panjang dan keriting, tetapi ini mungkin mengubah warna lapis bulu, jadi lapis bulu pada belakang schnauzer pertunjukan terutamanya "dilucutkan" dengan tangan, untuk menggalakkan corak garam dan lada untuk muncul. Ia secara tradisional menjalani pemotongan ekor dan telinga untuk memberikan penampilan berwaspada, tetapi di banyak negara ini kini menyalahi undang-undang. Untuk anjing pekerja yang merupakan anjing pemburu tikus, prosedur ini mencegah tikus daripada memegang apa-apa apabila diserang dan, oleh itu, tidak dapat melawan balik. Pemotongan telinga dan ekor kini menyalahi undang-undang di Kesatuan Eropah, di Australia, dan di New Zealand dan semakin jarang di tempat lain. Janggut dan bulu tungkai schnauzer patut kerap diberus untuk mengelakkan pembentukan kusutan.[perlu rujukan]

Schnauzer mempunyai lapis bulu ganda. Lapis bulu atas atau lapis bulu pengawal adalah mirip dawai dan kalis air, manakala lapis bulu bawahnya adalah lembut. Pelucutan menanggalkan lapis bulu bawah dan merangsang lapis bulu atas keras supaya tumbuh dengan lebih penuh. Lapis bulu bawah boleh "dilucutkan" (bulu mati longgar dicabut) sekurang-kurangnya dua kali setahun. Schnauzer dengan lapis bulu terlucut mempunyai lapis bulu dawai keras seperti yang diperihalkan dalam piawaian baka. Haiwan peliharaan tercukur kehilangan lapis bulu atas dawai dan hanya mempamerkan lapis bulu bawah lembut.[31] Schnauzer kurang bersalin bulu berbanding dengan kebanyakan anjing.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: شناءوزر, Sebutan bahasa Melayu: [ʃ(ə)nawzər]; Jerman: Schnauzer, bahasa Jerman: [ˈʃnaʊtsɐ]  ( dengar); bahasa Inggeris: schnauzer, /ˈʃnzər, ˈʃntsər/

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Schnauzer: Description" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  2. ^ a b c d e Rugh, Karla S. (2009). Miniature Schnauzers: Everything about Purchase, Care, Nutrition, and Behavior (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. m/s. 5–7. ISBN 978-0-7641-4245-1.
  3. ^ a b c "Miniature Schnauzer" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2015. Dicapai pada 8 Jun 2024. The breed today known as the Standard Schnauzer, one of Europe's supreme all-around farm dogs, has a lineage going back to at least the 15th century... the Miniature Schnauzer resides in the AKC Terrier Group with other diminutive rat-catcher breeds. But the Mini is unique among AKC terriers in that he has no British blood in his veins... Alone among terriers, the Miniature Schnauzer is wholly a product of Continental stock: Standard Schnauzer, Affenpinscher, and Poodle. This explains that though the Mini was born to the traditional work of small terriers, his personality is quite different. Not for him is the dour independence of the Scottish Terrier or the fiery temperament of the Irish Terrier. Rather, he is an overtly friendly dog, spirited but obedient and willing to please.
  4. ^ Schnauzer (Inggeris) di Merriam-Webster Dictionary
  5. ^ "Schnauzer" (Inggeris) di Encyclopædia Britannica.
  6. ^ a b "Standard Schnauzer" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. During the long centuries before mechanized agriculture, the world's farmers strove to breed versatile dogs to use as all-purpose helpers... A creation of the Middle Ages, the breed came of age in the verdant farm country of Bavaria. Like the world's other barn-and-stable breeds, multitasking Schnauzers made their bones as ratters, herders, guardians, and hunters... During the birth of Europe's organized show scene in the 1870s, the 'Wire-haired Pinscher' proved to be a dashing show dog. By the turn of the century, fanciers began exhibiting the breed as the Schnauzer ('whiskered snout').
  7. ^ Chris Levy (2001). "History of the Miniature Schnauzer" (dalam bahasa Inggeris). Abiqua Miniature Schnauzers. Dicapai pada 8 Jun 2024. There has never been any breed or variety of Schnauzer that was considered a Toy Schnauzer. Anyone representing their dog as a Toy Schnauzer is attempting to breed small Miniature Schnauzers which could lend itself to whelping and other problems due to their small size.
  8. ^ "Group 2 : Pinscher and Schnauzer - Molossoid and Swiss Mountain and Cattledogs" (dalam bahasa Inggeris). Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  9. ^ Giant Schnauzer. The Complete Dog Book: 20th Edition (dalam bahasa Inggeris). Random House Digital, Inc. 18 Disember 2007. ISBN 9780345476265. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  10. ^ a b "Giant Schnauzer: Description". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024. The Giant Schnauzer was once known as the Munich Schnauzer as the breed was developed around Munich by cattle farmers who wanted a strong cattle drover. Using the Standard Schnauzer as a foundation, the cattlemen added Rottweiler, Great Dane, sheepdogs and perhaps Bouvier to the mix and the result was the Giant Schnauzer
  11. ^ Palika, Liz (2007). The Howell Book of Dogs - The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley Publishing, Inc. m/s. 250–251. ISBN 978-0-470-00921-5.
  12. ^ "Giant Schnauzer" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. These rugged working dogs, bred up from the Standard Schnauzer, were used to drive cattle from farm to market. They also served as formidable guard dogs for farmers, merchants, and innkeepers. After railroads rendered cattle drives obsolete, Giants found work as European police and military K-9s.
  13. ^ a b c d e f g Stahlkuppe, Joe; Earle-Bridges, Michele (1 Mac 2002). Giant Schnauzers: Everything About Purchase, Care, Nutrition, Training, and Wellness (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: Barron's Educational Series. m/s. 5–11. ISBN 978-0764118845. OCLC 47289437. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  14. ^ a b Rice, Dan (1 Mac 2001). Big Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: Barron's Educational Series. m/s. 166–167. ISBN 978-0764116490. OCLC 44860848. Dicapai pada 8 Jun 2024. Giant Schnauzer.
  15. ^ amsc.us Miniature Schnauzer Breed Club Standard (Inggeris)
  16. ^ "Miniature Schnauzer: Description". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024. It is thought that the miniaturisation was brought about by the infusion of Affenpinscher blood. The Miniature variety was first officially recorded in 1888.
  17. ^ "Miniature Schnauzer". Hillspet.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024. Miniature Schnauzers are hardy, merry little dogs that were first bred in Germany in the late 19th century. They are descendants of Affenpinschers and Standard Schnauzers.
  18. ^ Frye, Fredric L. (2002). Schnauzers: Everything about Purchase, Care, Nutrition, and Diseases (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. m/s. 5–6. ISBN 978-0-7641-1962-0. Most experts believe that the Miniature Schnauzer is the result of crossbreeding Poodles and Affenpinchers with smaller Standard Schnauzers. If this is correct, the addition of these other two breeds with their positive traits of vigor and intelligence certainly improved the result.
  19. ^ "Miniature Schnauzer History". AKC.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2008. Dicapai pada 8 Jun 2024. The Miniature Schnauzer is derived from the Standard Schnauzer and is said to have come from mixing of Affenpinschers and Poodles with small Standards
  20. ^ The Schnauzer - A Complete Anthology of the Dog (dalam bahasa Inggeris). Read Books Ltd. 2013. ISBN 978-1-4474-9072-2.
  21. ^ amsc.us (Inggeris) Catherine McMillan (AMSC)
  22. ^ a b Sutter, Nathan B.; Ostrander, Elaine (Disember 2004). "Dog star rising: the canine genetic system" (PDF). Nature (dalam bahasa Inggeris). 5 (12): 900–910. doi:10.1038/nrg1492. PMID 15573122. S2CID 3728477. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  23. ^ Parker, Heidi G. (November 2007). "Breed relationships facilitate fine-mapping studies: A 7.8-kb deletion cosegregates with Collie eye anomaly across multiple dog breeds". Genome Research (dalam bahasa Inggeris). 17 (11): 1562–1571. doi:10.1101/gr.6772807. PMC 2045139. PMID 17916641.
  24. ^ vonHoldt, Bridgett M.; dll. (Mac 2010). "Genome-wide SNP and haplotype analyses reveal a rich history underlying dog domestication". Nature (dalam bahasa Nepal). 464 (7290): 898–902. Bibcode:2010Natur.464..898V. doi:10.1038/nature08837. PMC 3494089. PMID 20237475.
  25. ^ Parker, Heidi G. (Januari 2012). "Genomic Analyses of Modern Dog Breeds". Mammalian Genome (dalam bahasa Inggeris). 23 (1–2): 19–27. doi:10.1007/s00335-011-9387-6. PMC 3559126. PMID 22231497.
  26. ^ Parker, Heidi G.; dll. (April 2017). "Genomic analyses reveal the influence of geographic origin, migration and hybridization on modern dog breed development". Nature (dalam bahasa Inggeris). 19 (4): 697–708. doi:10.1016/j.celrep.2017.03.079. PMC 5492993. PMID 28445722.
  27. ^ DongAhn, Yoo; dll. (Ogos 2017). "The Genetic Origin of Short Tail in Endangered Korean Dog, DongGyeongi". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). 7 (1): 10048. Bibcode:2017NatSR...710048Y. doi:10.1038/s41598-017-10106-6. PMC 5577146. PMID 28855671.
  28. ^ Coren, Stanley (2006). The Intelligence of Dogs: A Guide to the Thoughts, Emotions, and Inner Lives of Our Canine Companions (dalam bahasa Inggeris). Simon & Schuster. m/s. 142–143, 149, 182, 192. ISBN 978-0-7432-8087-7.
  29. ^ Horan, Stephanie (Februari 2011). "Face Time". Dog World (dalam bahasa Inggeris): 28–33.
  30. ^ Horan, Stephanie (Februari 2011). "Face Time". Dog World (dalam bahasa Inggeris).
  31. ^ strippingknives.com, Grooming (Inggeris)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]